Sunday 20 March 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Salam kasih sayang dariku..hehe hari ni aku nak share sikit tentang sebuah filem yang aku tunggu-tunggu dari tahun lepas lagi iaitu filem hasil keringat anak melayu kita yang sekarang dah TOP di seluruh dunia iaitu Filem Hikayat Merong Mahawangsa.Sangat-sangat best filem ni.Filem epik ini telah menjadi kedudukan pertama dalam Box Office.Terbaik dan ditayangkan ke 57 buah negara.Filem hasil usaha KRU Production telah mendapat pengiktirafan umum kerana telah berjaya manaikkan nama filem negara ke persada antarabangsa. Bukan senang nak berjaya macam ni.Filem ini melibatkan 3 empayar besar iaitu Empayar Melayu,Empayar Rom dan Empayar China.Antara pelakon utama ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman,Keith Chong, Keith Chong,W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,Khir Rahman, Ummi Nazeera,Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,Kuswadinata, Mano Maniam,Ravi Sunderlingam.Shooting filem ini memakan masa 100 hari dan lokasi shooting di Terengganu,Malaysia,China dan Rom. 90% shooting di Terengganu.Kos melibatkan 8juta untuk hasilkan filem ini dan lebih kurang 300 pelakon terlibat.Apa yang menarik filem ini dalam filem ini ialah menggunakan teknologi CGI..Seperti yang digunakan dalam filem Titanic,The Lord Of The Rings..Nak tahu jalan cerita dan apa yang menarik dalam filem ni? Saksikan di pawagam segera sebelum terlambat.Ditayangkan dalam versi Melayu dan Inggeris.Best dan tak menyesal tengok filem ini!!




Tahniah..Credit to KRU Production,Kementerian Sains,Teknologi Dan Inovasi Malaysia,Kerajaan Terengganu Darul Iman,Kerajaan China,Kerajaan Rom(Italy),Malaysian Ochestra(Movie music track),Para pelakon,Anuar Zain(for singing the OST of Hikayat Merong Mahawangsa "Sedetik Lebih") dan semua yang menyokong.Semoga filem ini dapat meningkatkan imej industri perfileman negara ke persada antarabangsa!!

No comments:

Post a Comment