Monday 10 September 2012

Bertemu Kembali Setelah Sekian Lama Sepi ツ


Assalamualaikum semua para perindu syurga...Lama aku tak update blog ini...Labah-labah telah bersarang buat sekian lamanya...Sudah setahun lebih aku membiarkan blog ini tanpa diakses dan diselenggara dek kesibukan tugas harian...Namun karier sambilan ku as a composer dan lyricist tidak aku berhenti lagi..Masih aktif menceburkan diri untuk meningkatkan prestasi.Sekarang sedang compose satu lagu baru bertajuk "Wajah Hati"...InsyaAllah coming soon...Ok esok aku update lagi kisah suka dan duka sepanjang kehilangan aku hampir satu tahun...Gambar yang aku sertakan di atas ini adalah hadiah yang aku buat sendiri dari tanganku untuk si dia.. ツ

Friday 22 April 2011

Bertemu Cinta




Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati
Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata
Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

**Tak arrange muzik lagi..

Dugaan Hebat Menerjah

Ya Allah..apa petanda semua ini? Adakah ini ujian atas pengorbanan ku? Ya Allah ku mohon petunjuk dariMu..
Kepada anda semua..ingatlah dunia ini milik Allah..Setiap yang menerjah kita itu semua ujian buat diri kita.Jangan cepat mengalah.Mohonlah pertolongan dariNya...Walau pahit yang ditelan sekarang namun suatu saat nanti manis itu akan tiba..kerana racun itu ada penawarnya...

Thursday 14 April 2011

Istikharah Demi Khazanah Cinta...

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku


by Izhan

Friday 1 April 2011

Sekadar Coretan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri..

Monday 28 March 2011

Berdisiplin Teras Kejayaan Dan Kemajuan

Salam..hari ini saya nak kongsi tentang tahap disiplin penduduk Jepun.Walaupun diuji dengan Tsunami besar namun tahap disiplin mereka tidak pernah terjejas..Sangat kagum..Antara yang mahu saya kongsikan adalah mereka berjaya menyiapkan highway yang musnah teruk akibat gempa bumi dan tsunami...Hanya ENAM hari sahaja..Fuuuuhh!!! hebat dan sangat kagum!! Memang benarlah kemajuan yang dikecapi Jepun hasil daripada kesungguhan dan disiplin mereka yang tinggi..Kita hanya mengkagumi mereka je ke?? Tak nak berubah ke?? Jika mereka boleh,kita pun mesti boleh kan?? Fikir-fikirkan.... 

Sunday 20 March 2011

Sedetik Lebih By Anuar Zain.The OST of Hikayat Merong Mahawangsa.

        Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...




Artis: Anuar zain
Lagu: Edry Abdul Halim (KRU Publishing Sdn Bhd)
Lirik: Edry Abdul Halim (KRU Publishing Sdn Bhd)

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Salam kasih sayang dariku..hehe hari ni aku nak share sikit tentang sebuah filem yang aku tunggu-tunggu dari tahun lepas lagi iaitu filem hasil keringat anak melayu kita yang sekarang dah TOP di seluruh dunia iaitu Filem Hikayat Merong Mahawangsa.Sangat-sangat best filem ni.Filem epik ini telah menjadi kedudukan pertama dalam Box Office.Terbaik dan ditayangkan ke 57 buah negara.Filem hasil usaha KRU Production telah mendapat pengiktirafan umum kerana telah berjaya manaikkan nama filem negara ke persada antarabangsa. Bukan senang nak berjaya macam ni.Filem ini melibatkan 3 empayar besar iaitu Empayar Melayu,Empayar Rom dan Empayar China.Antara pelakon utama ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman,Keith Chong, Keith Chong,W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,Khir Rahman, Ummi Nazeera,Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,Kuswadinata, Mano Maniam,Ravi Sunderlingam.Shooting filem ini memakan masa 100 hari dan lokasi shooting di Terengganu,Malaysia,China dan Rom. 90% shooting di Terengganu.Kos melibatkan 8juta untuk hasilkan filem ini dan lebih kurang 300 pelakon terlibat.Apa yang menarik filem ini dalam filem ini ialah menggunakan teknologi CGI..Seperti yang digunakan dalam filem Titanic,The Lord Of The Rings..Nak tahu jalan cerita dan apa yang menarik dalam filem ni? Saksikan di pawagam segera sebelum terlambat.Ditayangkan dalam versi Melayu dan Inggeris.Best dan tak menyesal tengok filem ini!!




Tahniah..Credit to KRU Production,Kementerian Sains,Teknologi Dan Inovasi Malaysia,Kerajaan Terengganu Darul Iman,Kerajaan China,Kerajaan Rom(Italy),Malaysian Ochestra(Movie music track),Para pelakon,Anuar Zain(for singing the OST of Hikayat Merong Mahawangsa "Sedetik Lebih") dan semua yang menyokong.Semoga filem ini dapat meningkatkan imej industri perfileman negara ke persada antarabangsa!!

Wednesday 16 March 2011

Pengorbanan

Salam..ku ingin nasihat dan berpesan kepada diriku dan korang semua supaya hargailah pengorbanan yang telah diberikan kepada kita dengan sebaiknya.Mungkin itu pengorbanan yang terakhir darinya untuk kita. Tanpa pengorbanannya siapalah kita.Jangan kita hanya tahu menerima tapi tak tahu untuk menghargai..Ketahuilah semua itu untuk diri kita...Yang Terbaik...


Nak kongsi kata renungan sikit:

1) Nasib Si Telur.Di kedai dijaga rapi supaya tak pecah.Sampai rumah disusun rapi supaya tak pecah.
    Bila tiba saat telur untuk dimasak,telur itu dipecah sehingga retak kulit halusnya dan lantas dicampak
    dan dibuang..Renung-renungkan

2) Kelapa..Kau tinggi,kau sayup,kau rendang,kau gagah,kau elit,kau masih mampu berikan kami santan,
    pelepah,umbut.Tapi kami selalu lupa bahawa kau sangat sukar untuk hidup.Cuma hidup di persisir
    pantai dan kawasan berpasir.Kami??? Asyik mahukan kau saja.Terlupa segala kepayahan kau untuk
    hidup...Maafkan kami kelapa :(  Renungkanlah.....

3) (Buah Kiwi) Kiwi oh Kiwi..Kau nampak eksklusif,diimport dari New Zealand.Walaupun kau
    "glamour" dan popular,tapi lembu New Zealand punya "glamour" masih tak mampu kau tandingi.
     Kasihan nasib kau wahai kiwi.Mencari erti sebuah kemahsyuran,namun terlindung dalam kesamaran.



Renung-renungkan dan selamat berfikir 

Alhamdulillah Syukran Ya Allah...

Salam semua..dah lama ku tidak mencoret di lapangan dada blog ini..banyak benda yg ku perlu laksanakan..Alhamdulillah apa yang ku hajati telah berjaya laksanakan..Dah buka consultan..Kelas Vokal dapat sambutan yang menggalakkan..terima kasih semua..terima kasih juga kepada komposer-komposer yang banyak membantu dan tak lupa juga pada semua pihak yang membantu..Sekarang plan ku ialah nak bukak class tarannum dan Quran.Seorang ustaz popular dah pun setuju untuk menjadi mentor..Kelas lakonan pun dapat sambutan..Dan target seterunya ialah nak bukak studio sendiri dan studio movie production..syukran..Ameeeenn...

Saturday 15 January 2011

Class Vocal Coming Soon

Salam..semalam izhan baru meeting dengan seorang composer untuk membuka kelas vocal dan kelas menghasilkan lirik..Premis dah dapat..InsyaAllah..beroperasi pada February nanti sempena birthday izhan...Suprise untuk first 10 guest!!!!

Tuesday 4 January 2011

Bersua Kembaliツ


Alhamdulillah sekian satu tahun lamanya izhan menyepi dari dunia blog ini,akhirnya 2011 saya muncul kembali dengan blog yang baru iaitu aksaraizhan.blogspot.com.Dahulunya dikenali sebagai Cerita Hati yang beralamat di izhan-ceritahati.blogspot.com.Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa diri saya ni.Hehehe dalam kalangan yang mengenali saya,saya begitu famous dikalangan rakan-rakan sebagai izhan Kaizer yang bermaksud BERUSAHA.Untuk makluman ada semua,saya menghilang selama satu tahun dalam dunia blog ini disebabkan beberapa faktor la..hehe ada komitmen lain.Sibuk habiskan belajar,urusan kerja dan pelbagai lagi.Tapi tak semestinya saya tak berhenti dalam dunia muzik ini yang mnjadi salah satu dari hidup saya.Untuk yang terbaru bergabung dengan Hafiz Hamidun untuk hasilkan lagu untuk kumpulan Nur One,Aidil,Hafiz Hamidun dan Fitri Haris.Semua dah siap dan tunggu approval untuk dilancarkan Januari ini.Sekarang saya sedang siapkan lagu mungkin diberi tajuk "Takdir Adam" dan "Siapalah Aku".Ok saya rasa setakat ini dulu untuk permulaan blog baru ni.hehe.Dan rajin2 click address di bawah posting ni k untuk preview lagu yang telah dihasilkan

Preview


Preview lagu Aku Percaya. Artis: Aidil, Bob AF Lagu: Hafiz Hamidun Lirik: Izhan Kaizer,Bob AF